Gua dah mula nampak hala tuju blogger ni tak menentu kalau pemilik dia berperut buncit dan tak shave jambang. Gua ingat nak mula menaip cara lain. Mungkin ada isi. Mungkin puing-puing. Gua rasa konsep kosong putih dan courier ni tak pergi jauh.
Bila baca intro macam erm erm kan? Well, macam biasa, kalau gua mula menulis means gua ada masalah dan bila gua ada masalah, gua akan tends to buat benda-benda aneh. Contohnya, makan chipsmore cicah sambal kicap dan minum air sarsaparila tambah susu pekat manis.
Apa sahaja dalam dunia ini yang tiada masalah? kucing pun ada masalah. Masalah kucing adalah kenapa bergaduh tengah-tengah malam ni kena ada mengilai-ngilai belakang rumah? eh itu masalah gua.
ha ha sarsaparila. Nampak sangat gua desperate. Inilah, inilah dia perkara yang gua kabor tadi. Punchline takde, bosan merata-rata, isi tersurat tersirat-sirat. Senang cerita, apa benda sebenarnya blogger ni? Atau sebenarnya gua dah salah simpang ni?
3 comments:
hai asip
hai wadi..
Oooo kat sini depa main hai hai.
-si kacak
Post a Comment