Showing posts with label MAKAN DAN RESEPI. Show all posts
Showing posts with label MAKAN DAN RESEPI. Show all posts

zone ketuhar

tepung yis gula garam dan sesudu besar minyak zaitun.. diadun dengan secawan air.. diuli-uli.. dan dibiarkan seketika sementara di dalam suhu optimum menunggu ianya naik mengembang.. setelah lama menunggu.. adunan diuli lagi membuang udara dan kemudian ditekan-tekan lalu ditebar senipis yang boleh tanpa menipiskan bahagian-bahagian pinggir adunan yang berbentuk pan..

ditambah bahagian atasnya dengan pelbagai bahan disertai nafsu rakus dan keinginan abadi.. dibakar pada suhu 420'farenheit selama 20 minit.. sentiasa diperhatikan setiap beberapa minit supaya kerak pan dibakar sempurna.. dan mengelakkan kecelakaan berlaku seperti hitam ekzos motor..

dari jauh bentuk tidak seakan setepat bulat.. lebih baik bulat bebas.. nipis.. kerak yang rangup tanpa hitam dan hangus.. sos merah masam-masam manis.. terasa dihujung lidah.. aroma-aroma thyme.. basil.. oregano.. dengan lapisan halus kepingan-kepingan daging yang dimasak bersama mentega dan rosemary.. serta beberapa cubit garam dan lada hitam biji dikisar..

kemudian ditambah beberapa biji buah zaitun.. yang dihiris senipis beberapa millimeter tebal.. ditabur kemas ke atas pan.. untuk pedas dan rasa pungent.. bawang besar dan cili japaleno serta sebiji lada benggala hijau.. dipotong mengikut selera dan dihias cantik di atas sos merah sebelum ditabur keju regiano parmigiano dan cheddar fast melt.. disusun rawak keju mozarella yang dikoyak-koyak terus dari packaging.. berair-menitis-nitis.. yang kemudiannya akan melebur dan cair seperti buih-buih.. jika ditarik pasti tidak akan putus-putus..

























gua perlukan ini.. dan juga sebiji ketuhar oven sekarang..