Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

move on zone

Gua letak entri schedule ni saja mencuba *macam laa bodo*

Hai, awak sihat comel? Pakwe awak sekarang mesti sweet and savory kan? Dah lama tak stalk awak. Hiks. Saya belum move on sebab alasan puki awak yang saya tak boleh terima tulah. Hiks.

Oh by the way, saya tak stalk awak dah. Jangan risau saya tak berdendam. Saya dah janji taknak berasa hati kan dulu? Jadi saya cuma nak panggil awak babi, eh baby. Hiks. Saya percaya awak bahagia tau. Sebab tu saya tak okay ni. Iri hati kot. Tapi bak kata awak laa babi, eh baby. Takde jodoh, hiks.

Opss terstalk pulak, hiks. *fap fap fap*


Ehlaa macam laa gampang. Tapi peduli apa gua. kah kah kah

zone keajaiban

kita renung sekejap..


  • manusia mencipta pelbagai alat-alat yang hebat.. dengan purata.. 1-100 orang mencipta 1 benda..
  • tuhan mencipta alam.. dan manusia itu sendiri.. roh.. cahaya.. api.. dengan jumlah infiniti..



  • manusia mampu berfikir dan menguatkan tubuh badan.. 
  • tuhan menciptakan otak dan akal.. dan memberi arahan pada setiap sel.. 



  • manusia mampu bercinta.. pada tidak lebih dari bilangan kemampuan masing-masing..
  • tuhan memberi cinta.. pada semua.. lebih dari bilangan makhluk itu sendiri..



  • manusia mempunyai perasaan marah.. sedih.. gembira dan sebagainya..
  • tuhan ada segalanya.. malah maha pada setiapnya..



  • manusia ada dua tugas sahaja di dunia.. menjadi khalifah dan bertaqwa pada tuhan..
  • tuhan mengawal segalanya.. tidak terhitung tugasnya.. 


tetapi.. pernah kita terfikir.. 


  • dengan hanya dua tugas itu.. pernah kita lakukan dengan ikhlas.. dan tanpa meninggalkannya walau sedetik?
  • tugas tuhan.. tidak pernah dia lupakan.. 


pernah kita terfikir jika tuhan terlupa tugasnya walau satu? menukarkan siang pada malam contohnya.. siang sepanjang tahun.. atau malam sepanjang tahun.. apa jadi pada kita? pernah kita terfikir tentang ini?

fikirlah selagi diberi peluang untuk berfikir.. hayati.. tanpa kita kritik pencipta dan penggerak hidup kita.. siapa kita untuk menyuarakan ketidakpuasan? siapa kita?

*bercakap depan cermin memang macam ni..*





kalau lu boleh sangat mencabar tuhan.. balik rumah.. bukak peti ais.. lu ukir ais dalam peti ais tu.. sekecil yang boleh.. sampai jadi emping salju.. tuhan? berani lagi tanya?

zone steady

ah tiba-tiba gua jadi okay balik.. sedih tiba-tiba dah hilang.. rupanya tabah jugak gua ni.. okay faking menipu.. gua takde nak stalk langsung bahkan.. habis semua ingatan tentang dia gua delete.. eh ekceli tak banyak pun memori dengan dia.. kahkahkah..









*gua dah rasa ada patut gua fokes ke nursing ni.. haih.. lecturer-lecturer awatlah hang-hang semua bagi markah carry kemain ciput lagi? haih..*

zone awak

"awalnya.. 
saya ingat awak lain..
saya ingat awak macam yang awak katakan..
saya ingat awak macam yang saya bayangkan..
tetapi..
awak rupanya sama..
awak rupanya tak seperti yang awak ungkapkan..
awak rupanya menghampakan gambaran saya..
baiklah..
saya tak akan peduli lagi..
macam yang awak katakan..
tak pandai menjaga hati..
walhal..
saya dah separuh mati..
saya dah berusaha memberi..
saya dah macam-macam berjanji..
itulah..
awak kasih pertama saya..
awak kasih memberi bahagia..
awak kasih meremukkan jiwa.."



"tepat raya ketiga.. alasan awak dan bakal tunang.. saya tumpang gembira.. pelangi saya kini tiada warna.."












*gua tidak ada kata-kata lagi untuk orang sibu.. hati dia sudah milik orang lain.. pandai pula dia menasihatkan gua macam-macam.. itulah gua.. sampah sahaja.. memberi sayang dibalas najis.. patutlah kemain susah dia nak ucap walau sayang ke gua dulu.. gua baru paham sekarang.. sedih macam jilaka.. alhamdullilah gua masih ada akal.. mungkin untuk menyelam ke dasar bulan gua akan serik.. gua lebih rela duduk diam di bumi.. faking perasaan*


zone apple

gua mungkin boleh kata peminat muzik.. oh lebih general mungkin lebih kepada arts.. ok gua bukan nak menjurus kepada persoalan seperti arts atau apa-apa bullshit yang lain.. cuma gua nak menyimpulkan salah satu.. diulang salah satu kegemaran gua.. muzik.. apa-apa genre selalu orang tanya.. gua cakap gua universal.. dari oldskool ke urban.. dari punkrock ke oldies.. dari hardcore ke country.. dari blues ke metal.. dari pop ke classics.. gua cakap semua gua layan.. so one of my favourite.. shin nyeo shi dae.. 

okeh.. okeh.. dengan kelengkapan muka gua yang serupa monster.. badan bagai pekerja kumbahan.. jangan sangkal gua dengan kebenaran seperti gua peminat girl band berkaki veet ini.. kenapa? orait.. fes-off-ol.. gua lelaki.. suka melihat keindahan alam.. lagi-lagi yang comel.. pandai menari.. suara kiut miut.. ergghh.. persetan mereka plastic surgery figura... second gua minat budaya yang depa bawak.. budaya seksi tetapi feminisasi.. pasal feminisasi ni kapan-kapan gua terangkan.. sebab entry ni bakal panjang sangat gua syak..

jadi dalam group tu memang tak semua pun faveret gua.. gua cuma slightly lah.. sipi-sipi lah budak-budak sebut.. minat dengan soo young.. jadi kenapa gua minat dia ni? ok persoalan tu sebenarnya berat nak jawab.. tetapi jadi irrelevant pulak kalau gua rahsiakan.. sebab gua rasa kalau gua peram pun tak jadi apa pun.. buang karan jugak..


actually.. err muka soo young ni sebijik sejiban muka cinta lama gua.. sebenarnya.. gua tak sempat pun going trough dengan cinta lama gua ni.. habis spm gua mula kenal dia ni dari salah satu laman sosial.. kenal punya kenal.. jadi bila sudah rapat.. perasaan dia jadi lain macam.. jadi pabila masa sudah time(kejadah?).. dia confess.. err.. gua jadi gelabah.. bukan gua tak suka dia tapi yelah.. gua kan lagi suci inesen dan berbudi pekerti.. gua kurang paham agaknya time tu.. jadi gua buat dunno dan seboleh-boleh kenen-kenenkan beliau dengan laki-laki lain.. sebab gua rasa gua memang bukan league beliau..

setelah setahun dan kami merantau ke tempat pengajian masing-masing.. gua dapat tahu.. dia berpasangan dengan salah seorang mamat yang juga kawan gua di laman sosial.. aiseh.. lama pulak cerita ni.. okeh gua forwardkan.. dia kapel.. then dia clash dan contact gua.. dia confess lagi.. dan lagi skali gua buat dunno.. gaduh.. buat tak kenal.. lost contact.. years.. dapat contact balik.. tahu dia kapel lagi.. clash dan berbaik semula dengan gua dan kali ni kami cuma kawan-kawan biasa.. dah itulah rezeki terakhir buat gua.. rezeki yang tidak pulang sudah..

suddenly time kami mula berbaik.. gua ada conflict dalaman yang tidak melibatkan beliau.. gua mendelete semua akaun laman sosial gua termasuk contact beliau dan memori tentang beliau.. ok ini memang silly mistake gua.. gua terdelete semua contact beliau sebenarnya.. yang cuma gua ingat sebelum kami lost contact.. gua pernah call beliau tanda minta maaf dari indonesia ke australia.. ayat terakhir dari beliau.. "saya nak kita macam dulu-dulu.. awak taknak ke?" masih terngiang di gegendang telinga gua sampai sekarang.. talian putus sebab time tu gua habis credit.. fak-yo XL!!

memori itu tiba-tiba datang balik bila gua nampak soo young nih dalam run devil run.. itulah.. bak kata billie joe armstrong dalam lagunya.. "i remember the face.. but i can't recall her name.. i wonder how whatsername has been.." paling gua ingat sampai sekarang cumalah nama manja gua kepada dia.. apple.. gua cari.. memang gua search.. tapi apakan daya.. ada lebih berbillion orang yang memiliki nama sama di dunia ini.. gua juga tidak pasti jikalau perasaan yang sama akan datang apabila ditakdirkan gua boleh bertemu dengan beliau semula..

yeah.. its been years since this story happen to me.. sampai ada yang simpati dengan menganjing gua.. "kau ni selow lah asip.." ahh sadik sigaraga itu semua.. gua pasti semua orang ada kisah silam masing-masing.. gua punya banyak.. dari masa ke masa gua cerita.. sebab gua bukan perahsia antara kisah hidup gua dan orang lain.. gua punya freedom gua yang tersendiri.. hidup mesti diteruskan sehingga ajal tiba.. boo yaa.. hoo raaa.. boom bebeh!! sebelum blah.. gua ada gula-gula syurga dan neraka buat lu orang.. pikir yang mana satu yang mana orait..

k-pop original version..

d-koplo copy version..

zone dewa

roman picisan memang kena sangat dengan jiwa gua dari dulu.. lagu pertama dan terakhir yang paling gua turn on skali hasil dari dewa.. gua tak peduli lah orang sebut ahmad dhani tu bani israel ke yahudi totok ke.. minum kopi pagi ramadhan ke.. gua tak peduli itu semua.. itu dia boleh jawab dekat padang masyhar nanti.. yang kita-kita tak perlu fokes dosa yang dia buat.. apa ingat malaikat sebelah kiri kanan tak highlight dosa lu orang mengumpat heh?

kenapa lagu roman picisan ni? ada apa dengan lagu ini? takde apa.. cuma liang liuk lirik yang disampaikan dalam lagu tu gua rasa memang tepat terkena dengan jiwa gua..


"cintaku tak harus..
miliki dirimu..
meski perih menghiris...
hiris segala janji..."














semalam chatting dengan membe gua.. saling berkongsi cerita.. discussing disgusting disease.. bluerkk!! oh iya.. sebelum gua lupa.. pesan gua pada yang asyik lari dari gua.. tak mahu patah balik nampak? takpe.. membe gua bagitahu gua kena tunggu.. harap-harap yang lari dari gua tu tak memberi jawapan negative.. gua tunggu.. serius gua tunggu..

zone faham

kadang-kadang orang yang kita suka tak paham dengan apa yang kita harapkan.. walaupun sudah sebukit harapan kita berikan.. ada selori lagi tinggal untuk jadi segunung harapan.. jikalau ada sedikit kesilapan seperti lori terakhir tersebut habis minyak atau tayar pancit di tepi jalan.. maka tidak akan jadi segunung juga kan?

mungkin itulah yang terjadi kepada gua sekarang.. walau sebukit harapan yang gua beri kepada dia.. dia masih tak nampak gunung yang sedang gua cuba bina.. akhir-akhir ni gua tak dapat pakai lori lagi untuk gunung tersebut.. gua terpaksa pakai cangkul dan kereta sorong.. penat dan lelah sungguh rasanya.. masih gua tak nampak mana bentuk akhir sebuah gunung..

gua harap gua tak jatuh tergolek masa di puncak gunung tersebut sewaktu melambai memanggil dia.. dan dari sana gua pasti berharap setinggi yang gua daki untuk dia perasan gunung yang gua bina.. hurm.. mungkin ini kot yang orang panggil cinta..



















dia masih tak nampak.. itu yang pasti sekarang.. gua lelah.. entah berapa lama lagi sebelum gua pitam kepenatan.. hurm...