Showing posts with label SITUASI. Show all posts
Showing posts with label SITUASI. Show all posts

zone ragu

Kadang-kadang gua tak tahu apa sebenarnya gua ini dimata ibu bapa gua. Anak yang seperti apa atau bagaimana. Gua sentiasa rasa berdosa bila berada dengan mereka. Kata-kata yang kadang-kadang mengguris hati gua sebagai seorang anak mereka. Ungkitan dan perbandingan yang sentiasa membuat diri gua lemah dan rendah. Gua terima setiap perkataan yang muncul dengan sabar.

Gua sudah mencuba yang terbaik sebagai seorang anak lelaki. Menolak semua norma-norma pria biasa bersama mama mereka. Melakukan tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap keluarganya. Cuba meringankan beban sehari-hari. Gua cuma dapat komen dan rentetan yang negatif dan membunuh jiwa. Gua sanggup menjadi seperti anak kecil yang sentiasa diperhatikan. Berhati-hati dalam setiap perbuatan demi menjaga hati mereka. Paling memberontak pun hanyalah tuhan sahaja yang mendengar. Tapi apa boleh gua buat, gua cuma anak.

Puas sudah kaunselor, kawan-kawan, cikgu bagi pendapat untuk gua luahkan, tapi gua tak sanggup. Gua cuma ada diri gua dan gua tidak pandai hendak atasi. Mungkin pada pendapat orang lain, gua yang selalu lari dari masalah ini sepertinya bodoh. Persoalannya mudah, lu sanggup buat ibu bapa lu menangis? Jadi begitulah gua. Ditelan mati bapak, diluah mati mak.

Soal tekanan selalu gua letak tepi, soal masalah lain-lain gua tak ambik peduli. Terkadang mengalir air mata bila setiap kali mahu tidur terkenang masalah hari-hari. Mungkin gua tidak pandai menunjukkan gua sedih kerana gua percaya perbuatan lawak dan ceria sentiasa bersama gua hari-hari dan gua cuma percaya itu.

zone teman

aku sangat mengutamakan kawan-kawan.. dan aku sedih bila aku tahu kawan-kawan aku berpecah belah.. habis semua angan-angan persahabatan aku musnah.. tapi yang aku tahu.. masih ada harapan.. 

sebab semua yang bermula dari persahabatan harus dan wajib diakhiri dengan persahabatan juga.. 

antara megi dan sahabat.. sahabat sudah tentu..

antara awek dan sahabat.. sahabat sudah tentu..

antara game dan sahabat.. game sudah tentu.. kakakkaa





*gua sangat mementingkan persahabatan.. gua merasakan sahabat itu keluarga di suatu dimensi yang lain.. dan gua sayang sahabat gua..*

zone tolong

tolong.. gua nekad.. gua takkan bersikap nice lebih-lebih lagi dengan sesiapa.. perempuan misalnya.. kenapa?


tolong.. gua ingin mengelakkan syak.. sangkaan.. fitnah.. kondem.. kenen-kenen.. dan perumpamaan yang salah dari orang lain disekeliling.. yang memerhati.. yang menyimpan.. yang lali.. dengan gua dan sesiapa..


ya gua dan sesiapa..


tolong.. hati gua masih belum okay.. 


gua janji.. gua treat sesiapa yang gua pernah sentuh hatinya jiwanya dengan kepsi bucket 15 + date sehari.. if we met anywhere on this earth.. itu gua boleh janji.. dengan izin Allah..


tolong.. gua pun bukan hensem.. tak berfulus pun.. masih bawah tanggungan mama abah.. badan pun macam shrek.. pemalas weh.. study? lagi kelaut.. solat? rajin tinggal dari buat.. gua tak romentik.. sumpah tak! gua ni celaka tu yang tepat.. 


********


tolong.. gua harap sesiapa.. yang hatinya jiwanya disentuh.. pikirlah dua tiga ratus kali sebelum sebut.. atau menyimpan sesuatu seperti.. suka gua.. pecah gua.. atau.. penyuka rahsia..


tolong.. gua tak berniat.. tuhan sahaja yang tahu.. maafkan kecelakaan ini.. maafkan hamba.. *nyorok bawah katil*


tolong.. gua tak mahu perasan.. perasaan.. dan penyesalan di hari kelak.. maafkan sikap gua yang suka menyentuh.. gua janji gua takkan buat lagi perkara sentuh menyentuh ni.. gua main gomol-gomol je lepas ni.. hiks


********


tolong.. gua masih rasa fobia dengan berkongsi hati ni.. biarlah gua kena marah hari-hari dengan parents gua.. gua lagi sanggup dengar rasanya.. 


tolong.. bersayang.. bercinta.. memang seronok.. bila ditinggalkan.. part tu yang akan buat lu menyesal kenal dengan dia dulu.. tapi kenapa? itu kena tanya ikar.. siapa ikar? itu kena tanya iqa.. siapa iqa? itu kena tanya ikar.. (eh?)


tolong.. sekali gua membenci.. kali kedua rasanya gua dah buang terus dari dimensi ni..














*i'm too naive to be somebody for someone.. just let me be myself.. lagi satu hal.. bukan gua mensisihkan keluarga gua sendiri.. tapi gua bukan bahagia dalam keluarga macam yang orang lain selalu pikirkan.. gua mempunyai keluarga yang 'unik'.. kalau tidak.. manakan gua dipanggil anak mama? dont judge me like i didnt care for my family.. it just.. im different thats all..*


*woih pasal kepsi bucket tu gua gurau gurau je.. jangan ambik serius.. kahkahkah oh date sehari tu sebenarnya pasal kurma.. hik hok*


*inilah antara entry yang teruk dari gua.. maafkan *

zone black

sekarang dah hampir seminggu gua berada di mesia.. setelah hampir empat tahun gua berada di indonesia gua menjalani suatu proses bak kata membe gua @ milfa tiri.. 'sebuah percutian'.. dalam empat tahun gua di sana.. suatu proses gua membesar bukan main besar lagi dan gua tidak perform dengan cemerlang.. jangankan cemerlang.. tahap-tahap kepujian pun tidak gua capai.. mungkin sekarang tangisan kekesalan gua sudah terseka dek rasa tidak tahu apa-apa dan persoalan-persoalan yang semakin lama semakin menggunung dalam hidup gua..

mungkin bidang medis bukan milik gua kata mereka.. mungkin itu kehendak tuhan dan mungkin terdapat jalan lain yang mahu ditunjukkan tuhan kata mereka lagi.. tapi bagi gua dan semakin jelas dan terang didepan apa yang gua nampak.. lebih pantas dari pemikiran yang gua punya.. paling depan dan maju dari segala-gala pancaindera yang gua miliki.. ini semua adalah dari kesilapan gua yang terulung dan paling dalam.. walau sayu muka gua walau pedih raga gua.. seketul darah merah yang semakin malap dengan kegelapan kini tertancap erti sebuah keredhaan.. kesilapan gua mungkin tertakluk kepada banyak cabang dosa yang semakin menebal didalam carta aliran masa yang gua lalui.. bagai suatu virus yang gua tidak tahu bila pengakhirannya..

ah gua merepek dengan bahasa sebegini bukan lu orang paham yedak..gua direct selling kan terus..

gua dah hampir dibuang dari universiti tempat gua belajar.. jadi berbekalkan akal pendek dan nilai indeks prestasi yang sebesar kuman.. gua mengundurkan diri dengan seorang teman bernama speko.. ah si speko ni nanti gua ceritakan detik-detik kegemilangan gua bersama dia semasa gua 'bercuti' di indonesia.. gua pulang mesia dengan hati gundah gulana kerapu ikan duri hampir tiga minggu dengan persoalan macam mana mahu menghadapi orang tua gua.. marah? hurm.. mungkin dengan umur sudah terletak di angka dua puluhan menyebabkan mereka lebih memberi penekanan dengan unsur emosi dan makan dalam punya ayat.. gua bagai sudah di 'brainwash' kini.. jadi jangan pelik kalau tiba-tiba gua jadi baik.. kahkahkah...

jadi mungkin kali ini gua hidang lu orang entri berbaur serius sedikit.. gua dari medikal.. sekarang gua kena buang sebab gua pemalas dan tak boleh jalan dan juga mungkin ke bidang lain.. agak-agak lu orang apa yang boleh gua jalan lagi? nih gua kasi siket gua punya detail..

-minat fizik (bukan physical contact)
-minat kimia (bukan chemistry antara dua insan)
-sedikit pergi dengan bio-medicine dan bio-umum (4 years experienced with medical field)
-gua minat arts (hobi gua gitar dan muzik.. painting dan segala lukisan.. sucks gila dengan photoshoot)
-zone informasi teknologi yang agak cekap (gila babi up diri sendiri)
-tak hensem langsung (ye gua pernah tengok cermin.. last update malam semalam.. dan masih sama..)
-tak boleh berlari dengan laju (kalau gua laju siket je lagi.. record usain bolt tu selamba gua pecahkan dengan berlari sebelah kaki sahaja..)
-gila games (strategi.. dan segala-gala yang memerlukan increasing oxygen flow ke otak)
-gua minat memasak (okeh tapi gua tak memberi sangat penekanan disini.. sebab gua tidak mahu masa depan gua sebagai apa-apa sub-kuliner)
-gua pembersih (kalau time gua malas jangan tanya)
-gua setia (ini umum.. jangan tanya pasal awek.. sebab gua tak pernah ada..)
-gua cuma ada spm sekarang (nak tanya result dm gua di twitter.. gua segan)
-umur gua dah dua puluhan (gua tak berniat untuk kahwin awal pun.. rilek.. steady.. dan cool gila)
-gua mahukan kerja yang bergaji besar.. (sila listkan.. twit gua pun senang.. gua nak bayar hutang gua kepada mama gua secepat mungkin)
-gua takdak fesbuk.. (fesbuk merosakkan akhlak.. sumpah weh.. ini kerja serius)
-gua cepat pick-up (lambat jika gua tidak ambil perhatian.. tidak berminat ataupun gua lupa)
-satu sahaja.. jangan pernah tanya apa gua minat.. gua rasa gua dah tahap keliru ajai nurul..

gua memerlukan seseorang yang baik hati untuk membuka mata dan hati gua dalam bidang kerjaya atau lebih jitu masa depan gua.. gua perlukan itu buat masa sekarang.. mama dan abah gua dah beri beberapa waktu untuk berfikir tentang masa depan gua dan gua sangat menghargainya.. gua namakan period ini sebagai my darkest period.. (yang si bebal juno ni sebut gua period ni kenapa? saja nak bermesra dengan gua lah tu.. kahkahkah) jadi siapa lagi mahu membantu gua jikalau bukan anda semua.. pergh anda semua..

*ini serius serius*

zone boring

ini kali pertama gua bikin entry pakai time schedule publish.. sebenarnya gua tak berapa reti sangat.. tapi kalau berjaya bermakna lu orang semua yang baca entry ini setelah seminggu entry ini dibikin.. yakni beberapa minit setelah entry sebelum ini dibikin.. okeh gua paham berbelit macam tambi.. senang cerita gua bikin entry ni minggu lepas lah gamaknya.. apa yang gua buat sekarang gua tak tahu.. mungkin gua sedang tidur.. gua sedang mandi.. atau pun gua sedang makan.. dan gua berharap time ni gua tengah solat isyak mahupun baca surah yassin.. pergh dah macam tulis wasiat dari masa lampau ke masa depan pulak gamaknya.. kehkehkeh..

kisah gua minggu lepas.. cuti dah seminggu habis.. gua masih sorang-sorang disini.. hausmet-hausmet gua dan rakan-rakan gua yang lain pulang mesia maybe pulang sini dalam seminggu lagi.. bangun pagi semalam gua rasa lonely sebentar.. arghh.. gua forever-2weeks-alone... arghhh..
bukan gua yang pasti
dalam kabus pagi.. matahari pun baru nak keluar kepala dia sipi-sipi.. burung-burung baru nak bersiap-siap mencari rezeki.. cengkerik dah berenti berbunyi sakit tekak semalaman bertengkar tak renti-renti.. ketua kampung sebelah rumah dah start enjin motosikal cabuknya.. dengan lemah gemalai.. gua bukak pintu depan rumah.. gua sedut dalam-dalam udara subuh itu hari.. pergh sejuk dia bukan main.. macam duduk genting.. gua duduk depan rumah mencangkung.. tiba-tiba ada sorang mamat ni.. dengan rilek join gua duduk sebelah.. gua tersenyum.. ada jugak membe gua nak ajak borak di pagi hari yang damai ini.. gua bukak langkah konversasi..


gua: hai bro.. apa nama? (pandang gua ke arah dia)

dia: .... (diam.. sambil pandang gua)

gua: aku tanya nama lah.. takkan tu pun nak sombong bro.. kita hidup bermasyarakat ni kena lah bla.. bla.. bla.. bla.. (gua membebel..)

dia: lemann.. (dia jawab selamba pandang depan tidak menghiraukan gua punya membebel tadi..)

gua: ooh.. ok.. kau buat apa dekat sini? kau belajar lagi ke apa? (berhenti membebel dan melanjutkan pertanyaan)

dia: tak buat apa.. aku cuma lalu-lalu dekat kawasan ni haa tadi.. cari rezeki.. (sambil garu-garu kepala beliau macam pelik dengan pertanyaan gua)

gua: lah pulak.. dah tu yang kau duduk sebelah aku buat apa? kata cari rezeki? (gua jadi hairan..)

dia: ekceli.. aku baru je lepas sarapan tadi.. so ingat nak rilek-rilek dulu.. kejap lagi nak chow dengan membe-membe aku dekat sini..

gua: ooh.. kau sarapan apa? rajin kau masak pagi-pagi eh.. (gua tepuk-tepuk bahu beliau tanda salute)

dia: tu haa.. ada lagi siket.. kalau nak rasa pergilah.. (sambil menunjuk ke arah tepi tempat kami berborak..)

gua: woii.. kau jangan nak tinggal sisa makan kau dekat depan rumah aku bageroo!! ambik pergi main jauh-jauh.. jilakaa.. (herdik gua hangin tiba-tiba)

dia: ..... (berlalu pergi dengan malas)



























sekadar gambar cilok dari gugel
dari jauh gua perati je.. bangkai tikus beso tapak tangan adik gua.. tinggal separuh.. beng-beng punya nyanmaru.. karate belah lapan belas nanti baru lu tau..

zone nasik

alkisah hari ni gua bangun paling lambat dalam sejarah bangun-bangun lambat.. okeh padahal memang hari-hari bangun lambat.. lepas mandi gua punya perut bercakap tak reti-reti nak berhenti.. jadi gua ingat mahu makan nasik goreng usai solat jumaat dekat masjid hijau belakang rumah.. gua check out masjid cepat-cepat.. pakai spendar eh slipar berjalan selaju watson nyambek berlari.. pulang rumah.. siang keret kobis dengan kacang buncis.. petil-petil cili padi dengan bawang putih dua tiga ulas.. gua pergi check nasi sejuk dalam peti..

"gila.. gila.. siapa yang gila pergi turunkan suhu fridge sehingga jadi freezer gabak gila talak ni?" nasi gua beku dah macam eskrem beras.. sabo je laa.. yelah nak marah takkan nak marah orang depan cermin pulak kan.. tak ke naya tu nak herdik diri sendiri.. hausmet pulak dah balik mesia gua nak herdik siapa pulak time-time gini.. terpaksalah gua membebel seorang diri serta diharmonizekan oleh perut gua yang dari tadi tak berhenti mengomel.. habis nasik sejuk tadi gua goreng.. gua senduk hidang depan lappy.. makan sambil tengok kenshin himura fight dengan seta soujirou memang deep dia lain macam.. bila adegan laju.. suap pun mata kena fokus pada skrin.. jadi lambat siket proses mengunyah tigaplohtiga kali tu..

bismillah.. suap punya suap.. tiba-tiba.. gua rasa macam panas semacam bibir gua.. gua nak sudu nasik tu untuk kali keberapa entah.. tiba-tiba gua kaget.. "woi! bila pulak gua letak sos cili dalam nasik goreng gua? ahhh.. brengsek!" dan-dan pulak hidung gua berdarah time makan nasik.. yang tak senonohnya darah gua dah macam air bertakung dalam nasik goreng.. "arghhh... udah le nasik kome beku macam esberg tadi sekarang hape menda pun kome tak dapat makan.." detik hati gua.. nasib baik lah gua tak pakai tiset ke hape.. kalau tak mahu jatuh ditimpa tangga ditimpa tong cat juga..


gambar hiasan - kalo comel begini siapa tak berdarah hidung woi.. gehahaha

yang gua tak paham.. masa samurai x tu tengah jalan.. takdak pulak watak-watak seksi menggoda gua.. hari pun tak berapa panas.. hati pun tak berapa panas.. tiba-tiba berdarah.. nak kata gua korek hidung pun.. itu pagi tadi.. dan yang pasti jari di tangan gua bukan sebesar ibu jari kaki gajah..


































"bagaimana lagi yaa hemoragik ato epistazo ini berlaku? saudara sekalian bisa memberi apa saja ide dari skenario kita pada hari ini" ahh.. mungkin bukan rezeki gua hari ni.. semoga Allah merahmati gua.. semoga.. semoga..

zone resah

malam semalam gua sungguh resah.. sumpah tak pernah gua rasa resah dia yang begini..

petang semalam gua baru dapat tahu yang result gua gagal.. gua terpaksa mengulang balik blok yang sama mungkin pada tahun hadapan.. jilaka.. apa gua nak bagitahu mama abah gua? nak salahkan sistem akademik.. memang gua sendiri yang salah sebab tak konsentret belajar.. walaupun sistem dia macam bangang.. tapi gua terpaksa akur jugak.. mungkin jugak jiwa gua bukan pada medikal.. fokes gua banyak pada benda lain.. gua ni bodohkan? habis duit mama abah gua.. gua punya penyesalan tu tahap gaban sudah.. gua kena berubah gamaknya..

okeh bukan itu yang gua nak stori.. jadi alkisah malam semalam gua pun berasa resah yaa amat.. gua depan lappy.. gua bukak boys over flower untuk menghilangkan rasa gua terhadap resah dengan menonton kisah cinta gadis miskin.. tapi tidak nampaknya.. semakin resah adalah.. gua bukak lagu.. dari lagu cinta muka buku ke lagu baby ke lagu friday.. habis semua gua godek.. tiada satu pun yang mengubati resah gua.. aiseh gua sudah bingung..

ada serupa ketar-ketar juga gua semalam.. dia punya resah sampai perut rasa senak.. cuba tidur pun semua position atas katil tidak selesa sama sekali.. kipas dari nombor satu ke nombor tiga.. juga masih resah.. last-last gua tutup kipas.. dalam hilang bayu kipas dan serangan-serangan nyamuk.. gua buat dunno dan mendiam selama hampir sejam.. terduduk atas katil dengan bolster gua dicelah kangkang.. gua berpikir dengan tiada pemikiran.. kosong..

gua rasa gua ni jauh sangat dengan tuhan rasanya.. tiba-tiba gua teringat pesan dosen anatomi gua.. bapak setia budi namanya.. pernah berpesan pada gua ketika tutorial.. "kalo kamu mahu tenang.. kalau kamu mahu hilang rasa takut dan stress.. buat apa yang Allah pesankan.. nabi pesankan.. kemudian kalian coba makan yang manis-manis.. yang enak-enak.. dan paling tidak memudaratkan.." sambil membuang sedikit abu marlboro di tangan dan kembali menyedut puntung tersebut.. gua mengangguk tanda setuju..

gua bangun.. dengan gaya karate kids versi gergasi.. gua menendang bantal peluk gua ke udara.. "yess!!" gua ke dapur.. mencari apa yang manis.. oh.. gula takda.. tepung dengan susu pekat.. orait..

sekadar gambar hiasan.. ini bukan gua..
















jam 2.30 a.m.. gua makan lempeng dengan susu perabihnya.. sambil tonton secret reunion.. gua mulai rasa ngantuk.. walau stress dan gundah gulana masih ada.. tetapi rasa mengantuk dek kenyang menguasai segalanya.. gua tidur setelah basuh kaki dan bacaan doa sebelum masuk tidur..

zone kamera

mana pergi sudah gua tak tahu kamera gua.. puas sudah gua menelaah bilik gua yang bersepah ni.. serius gua tension.. selalunya time-time macam ni gua akan dapat ilham atau petunjuk dari mimpi.. babi.. jangan gelak.. ini sumpah serius betul.. gua siap boleh menyelesaikan masalah menggunakan mimpi gua..

2002-gua pernah selesaikan misteri permainan gameboy pokemon blue dengan mimpi.. 2005-gua pernah menyelesaikan masalah kes curi di asrama dengan mimpi.. gila lagi.. 2007-gua pernah jawab kertas soalan fizik dalam mimpi dan soalan yang sama keluar time ujian percubaan spm.. gila.. sekarang lu orang masih tak percaya? tapi yelah.. gua tak boleh nak kawal kuasa gua ni sesuka hati.. sebab ni mungkin anugerah tuhan secara random dari segi waktu dan keadaan..

bukan gua ni mistik sangat.. tapi gua percaya yang tuhan selalu bagi gua petunjuk melalui mimpi.. kadang-kadang macam perkara deja-vu tu.. memang biasa.. barang-barang gua yang hilang.. idea nak masak apa.. atau perkara yang bakal berlaku.. gua boleh tahu dengan mimpi.. kadang-kadang gua sendiri mistik dengan diri gua.. agak-agaknya gua ni ada keturunan adi putra tak? kahkahkah






























actually sepanjang dua puluhan tahun ni.. gua memang tak pernah tengok star wars.. by last week gua dah start pelan-pelan tengok dari episode satu sampai habis.. gua macam rasa george lucas bukan main-main semasa cipta jalan cerita star wars.. sebab gua rasa gua dah macam ada kuasa jedi kalau pikir-pikir balik.. okeh sekarang lu orang tunggu gua latih diri gua fokus kuasa gua.. gua akan cari balik kamera gua yang hilang menggunakan force.. may the force be with me..

zone jamban

masuk jam ni.. dah dekat doblas kali jugaklah gua meneran dekat jamban.. apa salah makan pun gua tak tahu.. bibir kering sebab air keluar banyak.. otak gua pun naik kering tahan senak perut sakit.. pergi jamban tak mahu keluar apa cuma air..

tiba-tiba teringat pil sa-kit-ta-un dekat rumah ada sekotak besar..  abah pesan makan ubat dengan air suam.. lepas makan apa-apa.. baru makan ubat..












ahh sial.. tu rumah dekat mesia.. sini padang haram takda!!

zone provokasi

gua baru balik rumah member.. tengok fakri main macam haram.. kerja dia nak jadi kaki pukul dalam padang.. dengan stadium bung karno macam celaka.. woii takde mentenen ke? lawa lagi kubang kerbau.. gua tabik betul dengan yakuza sekor ni.. tak sia-sia kerol pahmi cek mat ada awek tetek.. berbakat gigantik.. terbang macam spendermen..

akhir kata.. dengan bangganya mempersembahkan perkataan urban baru untuk mencarut..
BONAI dengan contoh ayat.. "bonai betul lah mamat tu!!"