sekarang dah hampir seminggu gua berada di mesia.. setelah hampir empat tahun gua berada di indonesia gua menjalani suatu proses bak kata membe gua @ milfa tiri.. 'sebuah percutian'.. dalam empat tahun gua di sana.. suatu proses gua membesar bukan main besar lagi dan gua tidak perform dengan cemerlang.. jangankan cemerlang.. tahap-tahap kepujian pun tidak gua capai.. mungkin sekarang tangisan kekesalan gua sudah terseka dek rasa tidak tahu apa-apa dan persoalan-persoalan yang semakin lama semakin menggunung dalam hidup gua..
mungkin bidang medis bukan milik gua kata mereka.. mungkin itu kehendak tuhan dan mungkin terdapat jalan lain yang mahu ditunjukkan tuhan kata mereka lagi.. tapi bagi gua dan semakin jelas dan terang didepan apa yang gua nampak.. lebih pantas dari pemikiran yang gua punya.. paling depan dan maju dari segala-gala pancaindera yang gua miliki.. ini semua adalah dari kesilapan gua yang terulung dan paling dalam.. walau sayu muka gua walau pedih raga gua.. seketul darah merah yang semakin malap dengan kegelapan kini tertancap erti sebuah keredhaan.. kesilapan gua mungkin tertakluk kepada banyak cabang dosa yang semakin menebal didalam carta aliran masa yang gua lalui.. bagai suatu virus yang gua tidak tahu bila pengakhirannya..
ah gua merepek dengan bahasa sebegini bukan lu orang paham yedak..gua direct selling kan terus..
gua dah hampir dibuang dari universiti tempat gua belajar.. jadi berbekalkan akal pendek dan nilai indeks prestasi yang sebesar kuman.. gua mengundurkan diri dengan seorang teman bernama speko.. ah si speko ni nanti gua ceritakan detik-detik kegemilangan gua bersama dia semasa gua 'bercuti' di indonesia.. gua pulang mesia dengan hati gundah gulana kerapu ikan duri hampir tiga minggu dengan persoalan macam mana mahu menghadapi orang tua gua.. marah? hurm.. mungkin dengan umur sudah terletak di angka dua puluhan menyebabkan mereka lebih memberi penekanan dengan unsur emosi dan makan dalam punya ayat.. gua bagai sudah di 'brainwash' kini.. jadi jangan pelik kalau tiba-tiba gua jadi baik.. kahkahkah...
jadi mungkin kali ini gua hidang lu orang entri berbaur serius sedikit.. gua dari medikal.. sekarang gua kena buang sebab gua pemalas dan tak boleh jalan dan juga mungkin ke bidang lain.. agak-agak lu orang apa yang boleh gua jalan lagi? nih gua kasi siket gua punya detail..
-minat fizik (bukan physical contact)
-minat kimia (bukan chemistry antara dua insan)
-sedikit pergi dengan bio-medicine dan bio-umum (4 years experienced with medical field)
-gua minat arts (hobi gua gitar dan muzik.. painting dan segala lukisan.. sucks gila dengan photoshoot)
-zone informasi teknologi yang agak cekap (gila babi up diri sendiri)
-tak hensem langsung (ye gua pernah tengok cermin.. last update malam semalam.. dan masih sama..)
-tak boleh berlari dengan laju (kalau gua laju siket je lagi.. record usain bolt tu selamba gua pecahkan dengan berlari sebelah kaki sahaja..)
-gila games (strategi.. dan segala-gala yang memerlukan increasing oxygen flow ke otak)
-gua minat memasak (okeh tapi gua tak memberi sangat penekanan disini.. sebab gua tidak mahu masa depan gua sebagai apa-apa sub-kuliner)
-gua pembersih (kalau time gua malas jangan tanya)
-gua setia (ini umum.. jangan tanya pasal awek.. sebab gua tak pernah ada..)
-gua cuma ada spm sekarang (nak tanya result dm gua di twitter.. gua segan)
-umur gua dah dua puluhan (gua tak berniat untuk kahwin awal pun.. rilek.. steady.. dan cool gila)
-gua mahukan kerja yang bergaji besar.. (sila listkan.. twit gua pun senang.. gua nak bayar hutang gua kepada mama gua secepat mungkin)
-gua takdak fesbuk.. (fesbuk merosakkan akhlak.. sumpah weh.. ini kerja serius)
-gua cepat pick-up (lambat jika gua tidak ambil perhatian.. tidak berminat ataupun gua lupa)
-satu sahaja.. jangan pernah tanya apa gua minat.. gua rasa gua dah tahap keliru ajai nurul..
gua memerlukan seseorang yang baik hati untuk membuka mata dan hati gua dalam bidang kerjaya atau lebih jitu masa depan gua.. gua perlukan itu buat masa sekarang.. mama dan abah gua dah beri beberapa waktu untuk berfikir tentang masa depan gua dan gua sangat menghargainya.. gua namakan period ini sebagai my darkest period.. (yang si bebal juno ni sebut gua period ni kenapa? saja nak bermesra dengan gua lah tu.. kahkahkah) jadi siapa lagi mahu membantu gua jikalau bukan anda semua.. pergh anda semua..
*ini serius serius*
8 comments:
hey! welcome back sedara asip! kali ni kalau dh betul2 tau apa yg nak hope buat dgn sebaik mungkin ok! asip boleh asip boleh! jgn berlengas tau
lu nak gua bebel pape tak dengan lu? kehkeh. lu amek la farmasi ke, ape ke. ape ke. hmmmm hmmmm hmmm. ntahla aku pun xtau nak suggest apa. kehkeh
walau kau tak nampak aku dan aku sepertinya bukan aleen yang dulu lagi bila dengan kau, ketahuilah, aku sentiasa kat sini. tabahlah menjalani hidup kau.
aku tahu benar what it's like to be in ur shoes, coz ive been there.trust me.
alhamdulillah ianya menjadikan aku yang sekarang.belum berjaya, tapi sekurang2nya aku tahu aku menuju kemana. :)
ah payahlah kalau aku dah mula serius ni.
ada hari nanti kite ym lagi. heh
-minat fizik (bukan physical contact)
kau sure kau tak minat physical contact? sebab aku tak yakin dengan statement tu.
Cita2 ni ada dua kategori.
Yang kau mampu buat, dan yang kau minat.
Tahu dulu yang mana satu kau nak buat, lepas tu baru ambil keputusan.
Amboi seriusnya Juno.
Dan pendirian aku tetap tak berganjak. aku masih rasa kau period.
thanks kawan2.. gua nak balas satu2 tapi darurat.. keh3.. btw sure thanx n appreciate all ur suggestions..
Marketing! takpun kalau nak lulus senang tanpa tension Hotel Management.
tapi dari apa yang kau describe, aku rasa elok kau amik farmasi atau dietetik.
susah-susah masuk kelas modeling je la, dengar khabarnya kau ni ada iras2 Aaron Aziz. dengar khabar je lah, kebenarannya aku tak pasti pula.
hai asip. heheh. ok, aku dulu salah ambil bidang. sia2 3 tahun. keje bidang berkaitan pun sekejap je,lepas tu terus lari bidang lain dan sekarang alhamdulillah boleh dikatakan agak berjaya dalam bidang arts yang dah lama aku suka ni.
kenal potensi diri.
Post a Comment