Showing posts with label GUA BODOH. Show all posts
Showing posts with label GUA BODOH. Show all posts

zone lari

Gua dah tekad. Jikalau besok abah memutuskan untuk memberhentikan gua. Gua akan lari dari rumah. Walau hati serba salah, gua sudah nekad. Mati pun matilah. Sudah salah gua, hidup pun menyusahkan orang lain. Lebih baik mati.


maaf.

jelly bling bling zone

Sekali lagi gua datang dari masa lampau menggunakan schedule service *macam laa bodo(2)*

Tajuk serupa-apa-benda-entah-info-gua-tengok-masa-pegang-remote-astro-tadi. Saja buat macam gua rajin nak update blog di blogger yang serupa sampah bila dah lama tak update. Ceritanya ni blog gua yang serupa sampah atau blogger yang serupa sampah? Apa-apapun majlis pembandaran nilai dah lama tak datang ambik sampah. Ehlaa babi gua bayar cukai pintu kot untuk blog ni! Meh datang kutip sampah-sampah blog ni! Sampah punya babi!

Excessive use of sampah and babi could make your writing terrible and even worse IF read by your own family. Restrict some word for your safety laa haram jadah!! kakaka.

zone kemungkinan

hari ni ulang tahun gua yang paling gua rasa macam sunyi.. cuma abah.. mama dan bella dengan gua.. oh mungkin orang sibu.. dia sibuk rasanya.. sampai text pun tak balas.. gua deactivated twitter pun dah tak perasan agaknya.. biarlah.. dia bizi katanya.. gua ikutkan sahaja.. mngkin gua nak senyap sekejap.. mungkin sedih.. mungkin rasa down sekejap.. mungkin kalau dia baca entry ni dia akan text gua balik.. mungkin..




*menjaga hati orang ni lain benar rasanya.. lagikan hati sendiri berkecai*

zone black

sekarang dah hampir seminggu gua berada di mesia.. setelah hampir empat tahun gua berada di indonesia gua menjalani suatu proses bak kata membe gua @ milfa tiri.. 'sebuah percutian'.. dalam empat tahun gua di sana.. suatu proses gua membesar bukan main besar lagi dan gua tidak perform dengan cemerlang.. jangankan cemerlang.. tahap-tahap kepujian pun tidak gua capai.. mungkin sekarang tangisan kekesalan gua sudah terseka dek rasa tidak tahu apa-apa dan persoalan-persoalan yang semakin lama semakin menggunung dalam hidup gua..

mungkin bidang medis bukan milik gua kata mereka.. mungkin itu kehendak tuhan dan mungkin terdapat jalan lain yang mahu ditunjukkan tuhan kata mereka lagi.. tapi bagi gua dan semakin jelas dan terang didepan apa yang gua nampak.. lebih pantas dari pemikiran yang gua punya.. paling depan dan maju dari segala-gala pancaindera yang gua miliki.. ini semua adalah dari kesilapan gua yang terulung dan paling dalam.. walau sayu muka gua walau pedih raga gua.. seketul darah merah yang semakin malap dengan kegelapan kini tertancap erti sebuah keredhaan.. kesilapan gua mungkin tertakluk kepada banyak cabang dosa yang semakin menebal didalam carta aliran masa yang gua lalui.. bagai suatu virus yang gua tidak tahu bila pengakhirannya..

ah gua merepek dengan bahasa sebegini bukan lu orang paham yedak..gua direct selling kan terus..

gua dah hampir dibuang dari universiti tempat gua belajar.. jadi berbekalkan akal pendek dan nilai indeks prestasi yang sebesar kuman.. gua mengundurkan diri dengan seorang teman bernama speko.. ah si speko ni nanti gua ceritakan detik-detik kegemilangan gua bersama dia semasa gua 'bercuti' di indonesia.. gua pulang mesia dengan hati gundah gulana kerapu ikan duri hampir tiga minggu dengan persoalan macam mana mahu menghadapi orang tua gua.. marah? hurm.. mungkin dengan umur sudah terletak di angka dua puluhan menyebabkan mereka lebih memberi penekanan dengan unsur emosi dan makan dalam punya ayat.. gua bagai sudah di 'brainwash' kini.. jadi jangan pelik kalau tiba-tiba gua jadi baik.. kahkahkah...

jadi mungkin kali ini gua hidang lu orang entri berbaur serius sedikit.. gua dari medikal.. sekarang gua kena buang sebab gua pemalas dan tak boleh jalan dan juga mungkin ke bidang lain.. agak-agak lu orang apa yang boleh gua jalan lagi? nih gua kasi siket gua punya detail..

-minat fizik (bukan physical contact)
-minat kimia (bukan chemistry antara dua insan)
-sedikit pergi dengan bio-medicine dan bio-umum (4 years experienced with medical field)
-gua minat arts (hobi gua gitar dan muzik.. painting dan segala lukisan.. sucks gila dengan photoshoot)
-zone informasi teknologi yang agak cekap (gila babi up diri sendiri)
-tak hensem langsung (ye gua pernah tengok cermin.. last update malam semalam.. dan masih sama..)
-tak boleh berlari dengan laju (kalau gua laju siket je lagi.. record usain bolt tu selamba gua pecahkan dengan berlari sebelah kaki sahaja..)
-gila games (strategi.. dan segala-gala yang memerlukan increasing oxygen flow ke otak)
-gua minat memasak (okeh tapi gua tak memberi sangat penekanan disini.. sebab gua tidak mahu masa depan gua sebagai apa-apa sub-kuliner)
-gua pembersih (kalau time gua malas jangan tanya)
-gua setia (ini umum.. jangan tanya pasal awek.. sebab gua tak pernah ada..)
-gua cuma ada spm sekarang (nak tanya result dm gua di twitter.. gua segan)
-umur gua dah dua puluhan (gua tak berniat untuk kahwin awal pun.. rilek.. steady.. dan cool gila)
-gua mahukan kerja yang bergaji besar.. (sila listkan.. twit gua pun senang.. gua nak bayar hutang gua kepada mama gua secepat mungkin)
-gua takdak fesbuk.. (fesbuk merosakkan akhlak.. sumpah weh.. ini kerja serius)
-gua cepat pick-up (lambat jika gua tidak ambil perhatian.. tidak berminat ataupun gua lupa)
-satu sahaja.. jangan pernah tanya apa gua minat.. gua rasa gua dah tahap keliru ajai nurul..

gua memerlukan seseorang yang baik hati untuk membuka mata dan hati gua dalam bidang kerjaya atau lebih jitu masa depan gua.. gua perlukan itu buat masa sekarang.. mama dan abah gua dah beri beberapa waktu untuk berfikir tentang masa depan gua dan gua sangat menghargainya.. gua namakan period ini sebagai my darkest period.. (yang si bebal juno ni sebut gua period ni kenapa? saja nak bermesra dengan gua lah tu.. kahkahkah) jadi siapa lagi mahu membantu gua jikalau bukan anda semua.. pergh anda semua..

*ini serius serius*