Showing posts with label MONOLOG. Show all posts
Showing posts with label MONOLOG. Show all posts

zone masa depan

Gua dah buat satu kira-kira berwawasan dua puluh dua puluh. Jadi kalau ikut resmi orang tua-tua, gua ni dah sedap-sedap beromen dah ni. Oleh kerana masa depan gua yang masih berkabus pagi. Tebal, sejuk dan comforty. Kabus yang kalau kita lepak genting subuh hari. Gua cerita lah pasal kabus pagi.

Kabus ni datang bila pengeluapan air dari awan turun ke bumi bilamana suhu di atmosfera telah selari dengan suhu di permukaan bumi yakni di kawasan-kawasan pergunungan dan tinggi. Jadi memang lumrah alam untuk dinihari kabus tebal dan membasahi bumi. Dari situlah datangnya embun pada dedaunan dan tanah merah yang lembut serta liat dipijak.

Kabus pada petang hari yang kita lihat dekat jalan besar lembah klang itu adalah kabus buatan. Hebat kan manusia? Mencipta kabus. Membasahi hospital dengan tangisan ahli keluarga si mati, penghisap kabus jalanan. Kabus senja(baca: jerebu) selalunya bertoksik. Mana datang toksik? Datang toksik bila jerebu bercampur air, di minum tikus, melekat pada baju, bersebati dengan makanan yang dijemur dan mengeluap ke udara lalu masuk ke rongga hidung ketika bernafas bersama bakteria atau virus yang airborne(baca: berterbangan).

Penyakit yang sedia merebak hampir semua angkara manusia sendiri. Jadi memang takde point gua nak cerita hal sains umum ni. Ini namanya membuang masa yang terbuang begitu sahaja. Ringkasnya hal gua ni. Gua dah umur dua puluh tiga, tahun ini. Baru nak buat asasi. Tambah empat tahun nursing. Jadi almost 28 baru lah mengecapi duit gaji sendiri. Gua pula mempunyai vision untuk membetulkan nasib keluarga and make it more valid to be seen by others, jadi its gonna be tough and years to be.

Gua kira-kira dalam umur 32 barulah gua boleh cari makwe untuk ajak jumpa mama yang super garang terhadap menantu. First gua fikir macam okay bunyinya. Bila fikir-fikir balik, ehlaa babi apanya lambat gua kahwin. Kalau ikut tajul muluk, gua ketika itu sudah dikategorikan sebagai anuar zain atau fahrin ahmad dan super loser gay. lol. Well mereka hot. Jadi apa mereka kisah yedak? Masalah gua, gua tak hot laa celaka.




Asip A: Ah asip, 'bergerak ke atas' pun tidak, nak kahwin. Pergi mati.
Asip B: Erm kay saya pergi mati.

zone lepak sat

Gua dah mula nampak hala tuju blogger ni tak menentu kalau pemilik dia berperut buncit dan tak shave jambang. Gua ingat nak mula menaip cara lain. Mungkin ada isi. Mungkin puing-puing. Gua rasa konsep kosong putih dan courier ni tak pergi jauh.

Bila baca intro macam erm erm kan? Well, macam biasa, kalau gua mula menulis means gua ada masalah dan bila gua ada masalah, gua akan tends to buat benda-benda aneh. Contohnya, makan chipsmore cicah sambal kicap dan minum air sarsaparila tambah susu pekat manis.

Apa sahaja dalam dunia ini yang tiada masalah? kucing pun ada masalah. Masalah kucing adalah kenapa bergaduh tengah-tengah malam ni kena ada mengilai-ngilai belakang rumah? eh itu masalah gua.





ha ha sarsaparila. Nampak sangat gua desperate. Inilah, inilah dia perkara yang gua kabor tadi. Punchline takde, bosan merata-rata, isi tersurat tersirat-sirat. Senang cerita, apa benda sebenarnya blogger ni? Atau sebenarnya gua dah salah simpang ni?

zone kolej

I LOVE YOU.. THATS ALL































*okay gua bergurau.. deakt kolej.. dan gua rasa tersiksa dengan kelas.. mencik aii.. ye gua typo dekat tu.. kah3 .. gua rasa.. memang blog ni perlukan pembaharuan.. huff*

zone roda

ada satu ketika.. kau akan ditimpa berbagai masalah dan kecelakaan.. ada satu ketika.. kau lapang macam padang dan langit.. 


aku suka hidup aku yang macam ni.. ujian dari tuhan aku genggam.. aku selesaikan.. 

aku taknak jadi bacul lagi.. apa guna ada bebird? ah..





*gua dah janji.. gua akan tunaikan.. cuma waktu yang cemburu.. sabar.. gua tunaikan..*

zone gadis

kau akan nampak 'the real attitude of a nice young woman' bila mana dia berkahwin.. bermain catur dan menumbuk sambal belacan... 

'sebelum' dan 'selepas' berkahwin.. ketika kalah dengan hanya gerakan mudah kuda.. dan ketika pedih mata terkena cili padi.. kau hanya akan nampak kekeliruan.. emosi.. dan kepalsuan.. oh dan juga itik kalau tidak keberatan..

yup aku laki-laki.. tak salah kau nak kata aku gay.. aku tak kisah.. janji kau bahagia.. 
cubalah panggil aku gay.. cubalah.. 


haa.. dah bahagia belum ni? cepat sikit.. aku ada banyak kerja lain lagi nak buat ni..

panggil sampai puas.. panggil..







*gua bukan jenis suka jumpa perempuan kasar-kasar.. rasa nak lempang time tu jugak..*

zone black

sekarang dah hampir seminggu gua berada di mesia.. setelah hampir empat tahun gua berada di indonesia gua menjalani suatu proses bak kata membe gua @ milfa tiri.. 'sebuah percutian'.. dalam empat tahun gua di sana.. suatu proses gua membesar bukan main besar lagi dan gua tidak perform dengan cemerlang.. jangankan cemerlang.. tahap-tahap kepujian pun tidak gua capai.. mungkin sekarang tangisan kekesalan gua sudah terseka dek rasa tidak tahu apa-apa dan persoalan-persoalan yang semakin lama semakin menggunung dalam hidup gua..

mungkin bidang medis bukan milik gua kata mereka.. mungkin itu kehendak tuhan dan mungkin terdapat jalan lain yang mahu ditunjukkan tuhan kata mereka lagi.. tapi bagi gua dan semakin jelas dan terang didepan apa yang gua nampak.. lebih pantas dari pemikiran yang gua punya.. paling depan dan maju dari segala-gala pancaindera yang gua miliki.. ini semua adalah dari kesilapan gua yang terulung dan paling dalam.. walau sayu muka gua walau pedih raga gua.. seketul darah merah yang semakin malap dengan kegelapan kini tertancap erti sebuah keredhaan.. kesilapan gua mungkin tertakluk kepada banyak cabang dosa yang semakin menebal didalam carta aliran masa yang gua lalui.. bagai suatu virus yang gua tidak tahu bila pengakhirannya..

ah gua merepek dengan bahasa sebegini bukan lu orang paham yedak..gua direct selling kan terus..

gua dah hampir dibuang dari universiti tempat gua belajar.. jadi berbekalkan akal pendek dan nilai indeks prestasi yang sebesar kuman.. gua mengundurkan diri dengan seorang teman bernama speko.. ah si speko ni nanti gua ceritakan detik-detik kegemilangan gua bersama dia semasa gua 'bercuti' di indonesia.. gua pulang mesia dengan hati gundah gulana kerapu ikan duri hampir tiga minggu dengan persoalan macam mana mahu menghadapi orang tua gua.. marah? hurm.. mungkin dengan umur sudah terletak di angka dua puluhan menyebabkan mereka lebih memberi penekanan dengan unsur emosi dan makan dalam punya ayat.. gua bagai sudah di 'brainwash' kini.. jadi jangan pelik kalau tiba-tiba gua jadi baik.. kahkahkah...

jadi mungkin kali ini gua hidang lu orang entri berbaur serius sedikit.. gua dari medikal.. sekarang gua kena buang sebab gua pemalas dan tak boleh jalan dan juga mungkin ke bidang lain.. agak-agak lu orang apa yang boleh gua jalan lagi? nih gua kasi siket gua punya detail..

-minat fizik (bukan physical contact)
-minat kimia (bukan chemistry antara dua insan)
-sedikit pergi dengan bio-medicine dan bio-umum (4 years experienced with medical field)
-gua minat arts (hobi gua gitar dan muzik.. painting dan segala lukisan.. sucks gila dengan photoshoot)
-zone informasi teknologi yang agak cekap (gila babi up diri sendiri)
-tak hensem langsung (ye gua pernah tengok cermin.. last update malam semalam.. dan masih sama..)
-tak boleh berlari dengan laju (kalau gua laju siket je lagi.. record usain bolt tu selamba gua pecahkan dengan berlari sebelah kaki sahaja..)
-gila games (strategi.. dan segala-gala yang memerlukan increasing oxygen flow ke otak)
-gua minat memasak (okeh tapi gua tak memberi sangat penekanan disini.. sebab gua tidak mahu masa depan gua sebagai apa-apa sub-kuliner)
-gua pembersih (kalau time gua malas jangan tanya)
-gua setia (ini umum.. jangan tanya pasal awek.. sebab gua tak pernah ada..)
-gua cuma ada spm sekarang (nak tanya result dm gua di twitter.. gua segan)
-umur gua dah dua puluhan (gua tak berniat untuk kahwin awal pun.. rilek.. steady.. dan cool gila)
-gua mahukan kerja yang bergaji besar.. (sila listkan.. twit gua pun senang.. gua nak bayar hutang gua kepada mama gua secepat mungkin)
-gua takdak fesbuk.. (fesbuk merosakkan akhlak.. sumpah weh.. ini kerja serius)
-gua cepat pick-up (lambat jika gua tidak ambil perhatian.. tidak berminat ataupun gua lupa)
-satu sahaja.. jangan pernah tanya apa gua minat.. gua rasa gua dah tahap keliru ajai nurul..

gua memerlukan seseorang yang baik hati untuk membuka mata dan hati gua dalam bidang kerjaya atau lebih jitu masa depan gua.. gua perlukan itu buat masa sekarang.. mama dan abah gua dah beri beberapa waktu untuk berfikir tentang masa depan gua dan gua sangat menghargainya.. gua namakan period ini sebagai my darkest period.. (yang si bebal juno ni sebut gua period ni kenapa? saja nak bermesra dengan gua lah tu.. kahkahkah) jadi siapa lagi mahu membantu gua jikalau bukan anda semua.. pergh anda semua..

*ini serius serius*

zone fesbuk

gua sebenarnya kalau ikutkan hati memang dah lama gua up ekaun fesbuk.. tapi kalau ikut otak pulak.. banyak halangan silam yang gua jadi tak tenang nak up ekaun fesbuk.. jadi buat masa sekarang gua memang ikut otak.. sebab gua dah lama tinggalkan hati gua.. sekarang ada hati pun tak guna.. takdak yang nak epresiet.. cess..






















tapi lu orang kena tahu.. sekali gua ada fesbuk ekaun.. memang lu orang menyesal tak sudah.. dengan gua-gua sekali menyesal karang.. lebih baik gua minum kopi kapal api.. dari memikir benda-benda bani israel ni..

zone lupa

oh gua lupa gua nak post apa.. kejap.. err.. oh pasal lupa.. gua ada lupa sesuatu tadi sebelum gua klik new post.. oh pasal entry ni lah.. kejap.. okeh.. serius gua dah lupa..




















oh sebelum gua lupa.. bye-bye..

zone imaginasi

"doremon oooo doremon.. pinjam alat pengecil sekejap.. aku nak kecikkan siket perut aku yang boroi ni.. doremon oooo doremon... cepatlah..",suara gua serak-serak horny.. gua menunggu.. mata terkedip-kedip.. tap..tap..tap... bunyi titisan air paip yg tak ditutup kemas menitik ke dalam kolah yang kedengaran.. sunyi dan hening sekali pagi itu..




apalah bangang tiba-tiba gua mencetuskan sketsa mini pagi tadi seraya mahu mandi.. mungkin sewaktu gua berdiri menunduk.. gua tak nampak mana pergi kaki gua yang sebenarnya.. mungkin..


aahh.. persetan sama doremon.. gua dah merajuk..cepat-cepat gua jirus air mandi..

zone bosan

fes-off-ol
nak main game gua bosan.. nak tengok movie gua bosan pulak.. nak stadi lagilah gua bosan.. nak kemas bilik.. bilik yang dah bosan dengan gua.. nak keluar memang dasar tempat dah sedia bosan.. nak bosan pun gua dah bosan.. gua bosan.. gua bosan yeah! gua bosan.. gua bosan yeah!!..

so-in-da-koko-nat-syel
untuk menghilangkan bosan.. mari tonton video tutorial how to wear hijab from hana tajima.. mak aihh comeii benor minah sekor ni.. gua nak kira berapa bulu mata dia ada...




gila bosan!!

zone satu

zone satu.. zone yang paling gua fuck dalam banyak-banyak nombor.. gua tak suka hari isnin.. gua tak suka jadik pertama.. gua paling hangin dengan benda-benda yang mendahului.. kompliketet tu makanan ruji gua.. rumit tu nama timang member gua.. bukan gua.. gua postperfeksionis.. gua prezombinis.. gua antizionis.. apahal entah gua tiba-tiba on balik blog.. ini ciri-ciri mencari padah buat golongan hamba institut pendidikan.. nekromanseris.. venomanseris.. alkemis.. tempat yang memerlukan gua mengarut.. mencarut.. melalut.. 

peringatan global supaya tidak menelaah dan cuba menghadam kalau bukan atas umur.. tidak memiliki kad pengenalan biru dan juga seorang ahli politik angkatan dacing putih dan barisan roket merah.. save memori ni dalam disket dual layer masing-masing.. jangan simpan disket dekat lutut.. bahalol.. tolol.. biol.. kalau lakukan jugak.. ini amaran kasih sayang telah diberi tanda noktah selepas lapan ribu ratus kali tanda seru dan titik bertindih koma..