Kadang-kadang gua tak tahu apa sebenarnya gua ini dimata ibu bapa gua. Anak yang seperti apa atau bagaimana. Gua sentiasa rasa berdosa bila berada dengan mereka. Kata-kata yang kadang-kadang mengguris hati gua sebagai seorang anak mereka. Ungkitan dan perbandingan yang sentiasa membuat diri gua lemah dan rendah. Gua terima setiap perkataan yang muncul dengan sabar.
Gua sudah mencuba yang terbaik sebagai seorang anak lelaki. Menolak semua norma-norma pria biasa bersama mama mereka. Melakukan tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap keluarganya. Cuba meringankan beban sehari-hari. Gua cuma dapat komen dan rentetan yang negatif dan membunuh jiwa. Gua sanggup menjadi seperti anak kecil yang sentiasa diperhatikan. Berhati-hati dalam setiap perbuatan demi menjaga hati mereka. Paling memberontak pun hanyalah tuhan sahaja yang mendengar. Tapi apa boleh gua buat, gua cuma anak.
Puas sudah kaunselor, kawan-kawan, cikgu bagi pendapat untuk gua luahkan, tapi gua tak sanggup. Gua cuma ada diri gua dan gua tidak pandai hendak atasi. Mungkin pada pendapat orang lain, gua yang selalu lari dari masalah ini sepertinya bodoh. Persoalannya mudah, lu sanggup buat ibu bapa lu menangis? Jadi begitulah gua. Ditelan mati bapak, diluah mati mak.
Soal tekanan selalu gua letak tepi, soal masalah lain-lain gua tak ambik peduli. Terkadang mengalir air mata bila setiap kali mahu tidur terkenang masalah hari-hari. Mungkin gua tidak pandai menunjukkan gua sedih kerana gua percaya perbuatan lawak dan ceria sentiasa bersama gua hari-hari dan gua cuma percaya itu.
No comments:
Post a Comment