zone dahlia

katakan.. kau seorang perempuan.. mencintai seorang jejaka yang sama-sama belajar di kolej.. kemudian.. graduasi.. berkahwin dan mempunyai dua orang anak.. yang sulung perempuan.. dan yang bongsu laki-laki.. sama-sama membina sebuah syarikat berkonsepkan IT software dan technology.. bahagia dan kaya raya..

tiba-tiba.. setelah 10 tahun bahagia berumahtangga.. kau dapat tahu yang suami kau.. telah 'bersama' dengan seorang kawan baik kau selama 3 tahun tanpa kau sedari.. seorang kawan yang telah kau kenal semasa di kolej dulu.. 

dan kawan kau telah merampas suami kau.. meminta suami kau menceraikan engkau.. merampas semua harta sepencarian kau dan suami kau.. syarikat dan segala isinya.. kawan baik yang menculik anak-anak kau untuk mendapatkan kepercayaan suami kau.. dan membantu suami kau mendapat hak penjagaan anak-anak engkau secara tidak adil..

engkau cuma ada seorang mak.. dan seorang pemandu lori yang sering membantu kau.. dan pemandu lori itu dalam diam menyintai engkau dan menyembunyikan identiti beliau yang merupakan seorang genius komputer.. dan.. erm.. 

suami kau mati.. kecelakaan ketika menaiki kapal terbang ketika mahu berjumpa engkau.. kerana merisaukan keadaan engkau.. dan kau dapat tahu.. suami kau masih mencintai engkau.. mahu rujuk kembali setelah menceraikan engkau.. dan kau.. terlambat..

apakah perasaan sa-orang dahlia?


#np creep-radiohead(khas untuk fuad aka faizal hussein)










gua tengah demam cerita dahlia.. oh.. dan mama gua juga.. kakaka.. dari dulu.. memang gua berminat betul dengan nama dahlia ni.. dengar dahlia.. mesti gua terbayang.. putih.. merah.. ayu.. dan manja.. moga tuhan turunkan seorang dahlia kepada gua bila tiba masanya nanti.. amin..

1 comment:

SN said...

tragisnya cerita T_T