Gua dah buat satu kira-kira berwawasan dua puluh dua puluh. Jadi kalau ikut resmi orang tua-tua, gua ni dah sedap-sedap beromen dah ni. Oleh kerana masa depan gua yang masih berkabus pagi. Tebal, sejuk dan comforty. Kabus yang kalau kita lepak genting subuh hari. Gua cerita lah pasal kabus pagi.
Kabus ni datang bila pengeluapan air dari awan turun ke bumi bilamana suhu di atmosfera telah selari dengan suhu di permukaan bumi yakni di kawasan-kawasan pergunungan dan tinggi. Jadi memang lumrah alam untuk dinihari kabus tebal dan membasahi bumi. Dari situlah datangnya embun pada dedaunan dan tanah merah yang lembut serta liat dipijak.
Kabus pada petang hari yang kita lihat dekat jalan besar lembah klang itu adalah kabus buatan. Hebat kan manusia? Mencipta kabus. Membasahi hospital dengan tangisan ahli keluarga si mati, penghisap kabus jalanan. Kabus senja(baca: jerebu) selalunya bertoksik. Mana datang toksik? Datang toksik bila jerebu bercampur air, di minum tikus, melekat pada baju, bersebati dengan makanan yang dijemur dan mengeluap ke udara lalu masuk ke rongga hidung ketika bernafas bersama bakteria atau virus yang airborne(baca: berterbangan).
Penyakit yang sedia merebak hampir semua angkara manusia sendiri. Jadi memang takde point gua nak cerita hal sains umum ni. Ini namanya membuang masa yang terbuang begitu sahaja. Ringkasnya hal gua ni. Gua dah umur dua puluh tiga, tahun ini. Baru nak buat asasi. Tambah empat tahun nursing. Jadi almost 28 baru lah mengecapi duit gaji sendiri. Gua pula mempunyai vision untuk membetulkan nasib keluarga and make it more valid to be seen by others, jadi its gonna be tough and years to be.
Gua kira-kira dalam umur 32 barulah gua boleh cari makwe untuk ajak jumpa mama yang super garang terhadap menantu. First gua fikir macam okay bunyinya. Bila fikir-fikir balik, ehlaa babi apanya lambat gua kahwin. Kalau ikut tajul muluk, gua ketika itu sudah dikategorikan sebagai anuar zain atau fahrin ahmad dan super loser gay. lol. Well mereka hot. Jadi apa mereka kisah yedak? Masalah gua, gua tak hot laa celaka.
Asip A: Ah asip, 'bergerak ke atas' pun tidak, nak kahwin. Pergi mati.
Asip B: Erm kay saya pergi mati.
2 comments:
senanya nak cite pasal munakahat ke pasal ilmu hayat ni?
pasal umur.
Post a Comment