tepung yis gula garam dan sesudu besar minyak zaitun.. diadun dengan secawan air.. diuli-uli.. dan dibiarkan seketika sementara di dalam suhu optimum menunggu ianya naik mengembang.. setelah lama menunggu.. adunan diuli lagi membuang udara dan kemudian ditekan-tekan lalu ditebar senipis yang boleh tanpa menipiskan bahagian-bahagian pinggir adunan yang berbentuk pan..
ditambah bahagian atasnya dengan pelbagai bahan disertai nafsu rakus dan keinginan abadi.. dibakar pada suhu 420'farenheit selama 20 minit.. sentiasa diperhatikan
setiap beberapa minit supaya kerak pan dibakar sempurna.. dan mengelakkan kecelakaan berlaku seperti hitam ekzos motor..
dari jauh bentuk tidak seakan setepat bulat.. lebih baik bulat bebas.. nipis.. kerak yang rangup tanpa hitam dan hangus.. sos merah masam-masam manis.. terasa dihujung lidah.. aroma-aroma thyme.. basil.. oregano.. dengan lapisan halus kepingan-kepingan daging yang dimasak bersama mentega dan rosemary.. serta beberapa cubit garam dan lada hitam biji dikisar..
kemudian ditambah beberapa biji buah zaitun.. yang dihiris senipis beberapa millimeter tebal.. ditabur kemas ke atas pan.. untuk pedas dan rasa pungent.. bawang besar dan cili japaleno serta sebiji lada benggala hijau.. dipotong mengikut selera dan dihias cantik di atas sos merah sebelum ditabur keju regiano parmigiano dan cheddar fast melt.. disusun rawak keju mozarella yang dikoyak-koyak terus dari packaging.. berair-menitis-nitis.. yang kemudiannya akan melebur dan cair seperti buih-buih.. jika ditarik pasti tidak akan putus-putus..
gua perlukan ini.. dan juga sebiji ketuhar oven sekarang..
15 comments:
kool ah!
hihi
dill.
meh sy hadiahkan. haha
dill: ada satu herb nama dia dill juga.. gua tak pasti rasa dia apa..
ezanidma: yeah.. kapan.. kapan mahu kasi..
wah! Cep tersohor rupanya..
*cabaran-awal-pagi-puasa-sunat-Senin...
dah siap buat nanti pos sikit ke aku..
blog-tips-kurus: oh.. suka juga kalau tgk masak2 dekat utube kalau tengah lapar..
rastamat: buleh2.. harap2 pizza tak basi sebelum sampai..
ceh... serius gua rasa boboy ni perghhhhhhhhh pandai msak dowh...
ps: tolonglah beli. tesco murah kot...
bidadari syurga: boboy? boboy ni siapa? sini takdak tesco.. sila turunkan oven dari syurga plis.. nak yang besar gedabak.. senang nak bakar gajah sekor.. kah3
sana takda tesco yeak? boboy tu kamulah...
peh. bace pn cam sedap.
tapi, atas taik bawah resepi. apekah? haha
huk aloh...lu beli aja roti kat kedai ...senang...lagipun lu ada bakat memasak kah? hahaha
haha. gua suka..hang pandai masak yer.. hehe., jmput singgah blog, BURUNG BIRU SI PEMALU
bidadari syurga: takdak tesco.. :(
macy:oh header tu main2 je.. nanti kapan2 gua tukar balik..
daddy zz: beli roti tak sama doc.. bakat memasak tu takdak.. tapi minat dan usaha tu ada.. kah3
muhammad razik: tak pandai sangat.. insyaAllah.. gehahaha
kau menerangkannya secara detil.macam tergambar-gambar di minda aku visual benda tuh dibuat.
ghost writer: tipu-tipu-tipu.. gua tak pandai nak tulis tulisan yg serupa itu.. tipu-tipu-tipu.. gehaha
Post a Comment