kadang-kadang orang yang kita suka tak paham dengan apa yang kita harapkan.. walaupun sudah sebukit harapan kita berikan.. ada selori lagi tinggal untuk jadi segunung harapan.. jikalau ada sedikit kesilapan seperti lori terakhir tersebut habis minyak atau tayar pancit di tepi jalan.. maka tidak akan jadi segunung juga kan?
mungkin itulah yang terjadi kepada gua sekarang.. walau sebukit harapan yang gua beri kepada dia.. dia masih tak nampak gunung yang sedang gua cuba bina.. akhir-akhir ni gua tak dapat pakai lori lagi untuk gunung tersebut.. gua terpaksa pakai cangkul dan kereta sorong.. penat dan lelah sungguh rasanya.. masih gua tak nampak mana bentuk akhir sebuah gunung..
gua harap gua tak jatuh tergolek masa di puncak gunung tersebut sewaktu melambai memanggil dia.. dan dari sana gua pasti berharap setinggi yang gua daki untuk dia perasan gunung yang gua bina.. hurm.. mungkin ini kot yang orang panggil cinta..
dia masih tak nampak.. itu yang pasti sekarang.. gua lelah.. entah berapa lama lagi sebelum gua pitam kepenatan.. hurm...
7 comments:
haaaaa.... sejak bila ko pasrah bercinta bro?? teruskan usaha anda.. hehehe.. :D
acap: kau kalau entry bab cinta2 kemain lagi eh? kah3
hahaha.. favourite aku lor.. mencari ilmu2 dan isi hati yang bole diguna pakai.. :D
acap: celaka apa mahu pakai isi hati aku? kahkahkah tak relevan.. next!!
hahahah... isi hati ko x de aku nak pakai, tapi yang harapan2 tu yag aku nak tgk.. :P
kruger: oh harapan2 macam ni.. mmg kena pakai cahaya lampu keimanan je boleh nampak..
haaaaa... itu dia.. itu yang aku tunggu2 tu.. CAHAYA KEIMANAN... XD
Post a Comment