zone gila pisang

         Kehadapan pakcik dan makcik bahagian internet telkom indonesia padang.. surat layang yang saya cuba tujukan ni khas buat pakcik dan makcik semua.. tiada yang khas melainkan yang khas buat pakcik dan makcik supaya lebih bersemangat dalam melakukan tugas-tugas pakcik dan makcik di hari yang bahagia bukan hari raya.. baca dan cubalah hadam apa antara curahan hati saya yang tak terbendung lagi bermula dengan ungkapan 'gila pisang'..
         Memang gila pisang bila dah kelajuan internet seraya lebih lambat dari kelajuan gelombang kentut.. inilah yang sepatutnya menjadi pedoman pakcik-pakcik dan makcik-makcik sebagai pekerja telekomunikasi indonesia.. pembayaran tetap tanggal tetap setiap bulan tetap hanya bukti tetap sebagai pelanggan tetap seterusnya tetap tidak langsung dipandang tetap sebagai dasar pandang ke barat.. tetap pula menjadi tonggak panasnya hati seorang penonton youtube tetap..
        Ini saya belum cerita pasal masalah nak bank in duit.. belum cerita pasal facebook kawan bilik sebelah.. walhal blog ketua kampung seberang pun masih tidak diceritakan lagi.. barukan google search engine sudah telagah.. lagikan hal-hal lain.. sungguh sadis hati ini bila merenung jauh komen-komen pada bawah video yang pasti lebih banyak berbanding buffering pada youtube player yang saya rasa laju lagi hingus pakcik mengalir.. bukanlah drama queen atau celoteh pakcik dan makcik tentang gentian kaca optik yang saya harapkan tetapi sebuah teknologi telekomunikasi yang mantap atas dasar anak ini sedang belajar tinggi..
         Saya amat berharap pakcik dan makcik sekalian dapat memahami apa yang saya maksudkan dalam surat ini.. segala kerjasama dan tindakan selanjutnya amat saya hargai serta ucapan terima kasih saya dahulukan bagi pihak teman-teman sefakulti dan hiburan lembu-lembu di kandang jiran..

sekian wassalamu,
seorang pengguna internet angkuh dan bengis..

No comments: